Hayatilah..

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya,
"Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali ke 3 buah masjid iaitu Masjidil Haram di Mekah, masjidku ini (masjid Nabi) dan Masjidil Aqsa' (HR: Bukhari)

"Satu waktu sembahyang di masjidku ini adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak 1000 kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram (HR: Bukhari)

"Sesiapa bersolat 40 waktu solat dimasjidku tanpa luput satu waktu pun, maka akan dikurniakan untuknya keselamatan dari api neraka, keselamatan dari azabnya dan terlepas dari sifat munafik" (HR: Ahmad)

Thursday, May 17, 2012

Sudikanlah... Kembara bersama Khaleef

Bissmillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warah matullah, Saudaraku sekelian..




KECIL-KECIL SI CILI API
Anda masih tercari-cari Syarikat yang menguruskan Umrah dan Ziarah..? Mengapa tidak pergi bersama kami..? Kami masih baru..? Tidak yakin..? Belum cuba, belum tahu kan.. Tak kenal, maka tak cinta pastinya. Kata orang, kecil-kecil cili api! 

INSYAALAH
Semuanya atas izin Allah. Kita mohon yang baik-baik, Allah akan beri yang baik. Kita mahu melakukan perkara yang baik, InsyaAllah.. Allah akan memudahkan urusan kita.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186).

PENGALAMAN
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt .. pihak kami telah berpengalaman melepasi beberapa siri Umrah dan Ziarah.

Sebagai info terkini untuk tahun 2012 sahaja, -setakat April- kami telah selamat membawa pergi dan kembali jemaah umrah sebanyak 2 kali:

  • Mac (23 Mac - 3 April)
  • April (21 April - 3 Mei)

InsyaAllah, andai tiada aral melintang kembara seterusnya adalah bertarikh: 24 Mei-7 Jun.

Kami akan singgah di Cairo untuk ziarah beberapa tempat menarik sekitar Cairo, dan kemudian barulah meneruskan perjalanan ke Tanah Suci.

Doakanlah agar perjalanan kami dilindungi dan dipermudahkan Allah, serta para jemaah kami akan mendapat umrah yang mabrur. Allahumma ameen.


CEMBURU ..?
Oh, kami masih ada kekosongan untuk kembara seterusnya, iaitu bertarikh: 23 Jun-5 Julai.

Segeralah hubungi pihak kami seandainya ada yang berminat untuk kembara bersama kami. Kembari mencari redha Allah!!

Mahu merasai nikmat pengalaman berpuasa ketika Ramadhan dan Eidul Fitri? Hubungilah kami.. Lebih seronok andainya bicara bertentang mata. Ayuh, bertandanglah ke pejabat kami. Kita berbicara santai, sambil menikmati kopi panas. Untung-untung, ada goreng pisang panas. Kalau tiada, langkah kirilah maknanya...


PAKEJ KAMI
- Harga bermula dari RM5900.00

- Termasuk:
  • Tiket penerbangan pergi balik dan Airport tax
  • VISA Umrah
  • Penginapan di Makkah dan Madinah (200-500M dari Masjidil Haram/ Masjid Nabawi)
  • Makanan dan Minuman
  • Pengangkutan: Johor Bahru ke KLIA
  • Pengangkutan di Tanah Suci
  • Lawatan dan Ziarah
  • Mutawwif/ Wakil Khaleef Urus di Tanah Suci

-Percuma:
  • Air Zam-zam
  • Beg Silang dan Beg Tarik
  • Buku Panduan Umrah dan Ziarah

Firman Allah yang bermaksud: "Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." [Al-'Asr: 1-3]

Ayuh... mengorak langkah bersama kami...buat bekalan pulang ke alam akhirat. Anda buat, anda dapat! InsyaAllah, semoga mendapat redha Allah dan mendapat syafaat Rasulullah ketika hari pembalasan. Allahurobbi.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment