Hayatilah..

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya,
"Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali ke 3 buah masjid iaitu Masjidil Haram di Mekah, masjidku ini (masjid Nabi) dan Masjidil Aqsa' (HR: Bukhari)

"Satu waktu sembahyang di masjidku ini adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak 1000 kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram (HR: Bukhari)

"Sesiapa bersolat 40 waktu solat dimasjidku tanpa luput satu waktu pun, maka akan dikurniakan untuknya keselamatan dari api neraka, keselamatan dari azabnya dan terlepas dari sifat munafik" (HR: Ahmad)

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Dia seorang Al-Hafiz dan Guru Al-Quran.
Mahu belajar tajwid? Sila hubungi Ustaz Fadhil: +6 013 200 2356
Kelas bertempat di Pejabat Khaleef Urus S/B (boleh berbincang)

Assalamualaikum, saudaraku sekelian..

Bersempena dengan Hari Guru yang jatuhnya hari ini 16 Mei 2012, maka hayatilah kisah di bawah..

Pernah dikisahkan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.

Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.

Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.

Jawab Imam Shafie "Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.

Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu"

Begitulah kisahnya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.

PESAN GURU:
Hormatilah sesiapapun jua yang mengajarkan kita ilmu walau sedikit cuma. Hargailah ketulusan hatinya/ mereka itu dan titipkanlah doa yang tidak putus-putus buat mereka.

Jangan diingkari atau dikhianati bicara seorang guru.. tatapilah wajah-wajah mulus mereka kerana sesungguhnya ada pahala pada wajah mereka itu.

UCAPKANLAH:
SELAMAT HARI GURU..!! Khusus buat semua guru-guru/ pendidik/ ustaz/ ustazah/ murabbi seta mereka yang mencurahkan apa jua ilmu. Semoga kalian dalam rahmat Allah dunia dan akhirat, wahai guru sekelian.

Beruntunglah mereka yang menjadi guru dan bakal menjadi guru...

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah (wakaf), ILMU YANG BERMANFAAT, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.(HR: Muslim).


Wassalam.

No comments:

Post a Comment