Hayatilah..

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya,
"Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali ke 3 buah masjid iaitu Masjidil Haram di Mekah, masjidku ini (masjid Nabi) dan Masjidil Aqsa' (HR: Bukhari)

"Satu waktu sembahyang di masjidku ini adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak 1000 kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram (HR: Bukhari)

"Sesiapa bersolat 40 waktu solat dimasjidku tanpa luput satu waktu pun, maka akan dikurniakan untuknya keselamatan dari api neraka, keselamatan dari azabnya dan terlepas dari sifat munafik" (HR: Ahmad)

Wednesday, May 23, 2012

ITINERARY .. CAIRO-MAKKAH-MADINAH MEI/ JUN 2012

TARIKH: 24 MEI - 7 JUN 2012


Piramid (dari google)


Hari ke-1 (Khamis: 24 Mei) JB-KLIA-Cairo
-130pm: Berkumpul di Masjid Abu Bakar (JB-KLIA)
-Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas
-Berlepas: 10pm, Flight MS961

Hari ke-2 (Jumaat: 25 Mei) tiba di Cairo
-Arrival Cairo 540am.
-Bersarapan di Restoran tempatan
-Melawat Piramid & Spink, di Giza, Melawat kilang Papyrus dan Essence
-Solat Jumaat di masjid berhampiran
-c/in hotel

Hari ke-3 (Sabtu: 26 Mei) Cairo
-Sarapan pagi
-Lawatan ke Masjid Sultan Hassan, Masjid Refeie, Masjid Amr Al-Ass
-Lawatan ke Bazar Khan El-Khalili
-Makan tengahari dan makan malam di hotel
**TAKLIMAT selepas makan malam: persediaan perjalanan ke Makkah

Hari ke-4 (Ahad: 27 Mei) Cairo-Jeddah-Makkah
-Sarapan pagi
-Aktiviti bebas
-c/out hotel: 12pm
-Keliling kota Cairo, dalam perjalanan ke Airport
-Tiba di Airport 3 jam sebelum terbang ke Jeddah
-7pm: ETD Cairo-Jeddah, MS669
-Berniat ihram di Kawasan Juhfah (Mutawwif akan maklumkan)
-10pm: Tiba Jeddah
-Jemaah naik bas ke Makkah
-C/in hotel di Makkah
-Bersiap untuk umrah pertama: dipimpin Mutawwif

Hari ke-5 (Isnin: 28 Mei) Makkah
Aktiviti bebas

Hari ke-6 (Selasa: 29 Mei) Makkah
-830am: Ziarah ke Jabbal Nur (Gua Hira') Jabal Thur, Jabal Rahmah, Padang Arafah,Muzdaliffah,Mina,Muaissem dan Masjid Ja'aranah (tertaluk masa lawatan)
-Para pelawat boleh berniat ihram di Miqat Ja'ranah bagi menunaikan umrah.

Hari ke-7 (Rabu: 30 Mei) Makkah
-Aktiviti bebas

Hari ke-8 (Khamis: 31 Mei) Makkah
-830am: Ziarah ke Hudaibiyah.
-Jemaah boleh niat di Masjid Hudaibiyah untuk tunaikan umrah.

Hari ke-9 (Jumaat: 1 Jun) Makkah
-Aktiviti bebas
-Solat Jumaat di Masjidilharam

Hari ke-10 (Sabtu: 2 Jun) Makkah
Aktiviti bebas

Hari ke-11 (Ahad: 3 Jun) Makkah-Madinah
-Tawaf wida' selepas solat subuh, dipimpin Mutawwif
-Selepas sarapan, bertolak ke Madinah, dijangka tiba sebelum Asar

Hari ke-12 (Isnin: 4 Jun) Madinah
-Selepas solat subuh, sarapan di hotel
-Ziarah Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi'.
-Bebas beribadat di Masjid Nabawi.

Hari ke-13 (Selasa: 5 Jun) Madinah
-Ziarah luaran: sekitar Kota Madinah, tempat bersejarah, Masjid Quba', Kilang Mencetak Al-Quran (jika diizinkan), Masjid Qiblatain, Perkuburan Syuhadah, Jabal Uhud, Masjid Tujuh dan Kebun Tamar. (tertakluk pada masa lawatan)

Hari ke-14 (Rabu: 6 Jun) Madinah-Cairo
-Ziarah wida': selepas Solat Zohor
-Menaiki bas ke Airport Madinah
-Berlepas 735pm, MS678, Madinah-Cairo
-Tiba Cairo: 840pm
-1140pm, MS960, Cairo-KLIA

Hari ke-15 (Khamis: 7 Jun) KLIA
-Mendarat di KLIA 730pm
-Bas telah disediakan untuk perjalanan KLIA-JB (Masjid Abu Bakar)

PAKEJ RAMADHAN 2012M/ 1433H


Paling kiri: Mutawwif kami, Ustaz Nazaruddin
(lulusan dari Universiti Yarmouk-Jordan)

Bissmillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warah matullah, Saudaraku sekelian..

Pakej kami untuk bulan Ramadhan telahpun ada. Sebelum ini ramai yang bertanya. Alhamdulillah, hasil dari perbincangan, ianya adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 14 Julai - 26 Julai
  • Harga: bermula dari RM6390 seorang

Pastinya ia termasuk yang tertulis di bawah:

- Bayaran adalah untuk:
  • Tiket penerbangan pergi balik dan Cukai lapangan terbang
  • VISA Umrah
  • Penginapan di Makkah dan Madinah (200-500M dari Masjidil Haram/ Masjid Nabawi)
  • Makanan dan Minuman
  • Pengangkutan: Johor Bahru ke KLIA
  • Pengangkutan di Tanah Suci
  • Lawatan dan Ziarah
  • Mutawwif/ Wakil Khaleef Urus di Tanah Suci

-Percuma:
  • Air Zam-zam
  • Beg Silang dan Beg Tarik
  • Buku Panduan Umrah dan Ziarah


Usah berlengah, hubungilah kami untuk maklumat lebih lanjut!

  • Pejabat: +6 07 521 2451/ Fax: +6 07 521 1245
  • Ustaz Raja Fadhil: +6 013 200 2356
  • Haji Azhar: +6 010 703 2021
  • En Fakharudin: +6 013 721 2829
  • Ayu - No pejabat (waktu pejabat, 930-530)

Wassalam.



Thursday, May 17, 2012

Sudikanlah... Kembara bersama Khaleef

Bissmillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warah matullah, Saudaraku sekelian..




KECIL-KECIL SI CILI API
Anda masih tercari-cari Syarikat yang menguruskan Umrah dan Ziarah..? Mengapa tidak pergi bersama kami..? Kami masih baru..? Tidak yakin..? Belum cuba, belum tahu kan.. Tak kenal, maka tak cinta pastinya. Kata orang, kecil-kecil cili api! 

INSYAALAH
Semuanya atas izin Allah. Kita mohon yang baik-baik, Allah akan beri yang baik. Kita mahu melakukan perkara yang baik, InsyaAllah.. Allah akan memudahkan urusan kita.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186).

PENGALAMAN
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt .. pihak kami telah berpengalaman melepasi beberapa siri Umrah dan Ziarah.

Sebagai info terkini untuk tahun 2012 sahaja, -setakat April- kami telah selamat membawa pergi dan kembali jemaah umrah sebanyak 2 kali:

  • Mac (23 Mac - 3 April)
  • April (21 April - 3 Mei)

InsyaAllah, andai tiada aral melintang kembara seterusnya adalah bertarikh: 24 Mei-7 Jun.

Kami akan singgah di Cairo untuk ziarah beberapa tempat menarik sekitar Cairo, dan kemudian barulah meneruskan perjalanan ke Tanah Suci.

Doakanlah agar perjalanan kami dilindungi dan dipermudahkan Allah, serta para jemaah kami akan mendapat umrah yang mabrur. Allahumma ameen.


CEMBURU ..?
Oh, kami masih ada kekosongan untuk kembara seterusnya, iaitu bertarikh: 23 Jun-5 Julai.

Segeralah hubungi pihak kami seandainya ada yang berminat untuk kembara bersama kami. Kembari mencari redha Allah!!

Mahu merasai nikmat pengalaman berpuasa ketika Ramadhan dan Eidul Fitri? Hubungilah kami.. Lebih seronok andainya bicara bertentang mata. Ayuh, bertandanglah ke pejabat kami. Kita berbicara santai, sambil menikmati kopi panas. Untung-untung, ada goreng pisang panas. Kalau tiada, langkah kirilah maknanya...


PAKEJ KAMI
- Harga bermula dari RM5900.00

- Termasuk:
  • Tiket penerbangan pergi balik dan Airport tax
  • VISA Umrah
  • Penginapan di Makkah dan Madinah (200-500M dari Masjidil Haram/ Masjid Nabawi)
  • Makanan dan Minuman
  • Pengangkutan: Johor Bahru ke KLIA
  • Pengangkutan di Tanah Suci
  • Lawatan dan Ziarah
  • Mutawwif/ Wakil Khaleef Urus di Tanah Suci

-Percuma:
  • Air Zam-zam
  • Beg Silang dan Beg Tarik
  • Buku Panduan Umrah dan Ziarah

Firman Allah yang bermaksud: "Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." [Al-'Asr: 1-3]

Ayuh... mengorak langkah bersama kami...buat bekalan pulang ke alam akhirat. Anda buat, anda dapat! InsyaAllah, semoga mendapat redha Allah dan mendapat syafaat Rasulullah ketika hari pembalasan. Allahurobbi.

Wassalam.

Ayuh.. bersama Khaleef!


Assalamualaikum warah matullah, saudaraku sekelian..

ADA YANG SEDANG MENCARI KERJA?
Alhamdulillah.. Syarikat kami mempunyai KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR. Seandainya ada yang berminat, dengan kelayakan paling minima adalah SPM dan maksimum adalah Diploma.

Silalah hantarkan resume anda ke email kami: khalifahiman01@gmail.com

ATAU,

hubungi Pengurus kami: Ustaz Fadhil, di talian 013-200 2356

ATAU,

hubungi pejabat kami di talian, 07-521 2451..bercakap dengan Cik Ayu atau Ustaz Fadhil.

ATAU,

datang terus ke pejabat kami bersama resume anda di alamat:
No. 78-02, Jalan Pendidikan 4,
Taman Universiti,
Skudai, Johor.


gambar dari google

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya sera belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangga, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama. (HR: At-Tabrani)


Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Wassalam.

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru

Dia seorang Al-Hafiz dan Guru Al-Quran.
Mahu belajar tajwid? Sila hubungi Ustaz Fadhil: +6 013 200 2356
Kelas bertempat di Pejabat Khaleef Urus S/B (boleh berbincang)

Assalamualaikum, saudaraku sekelian..

Bersempena dengan Hari Guru yang jatuhnya hari ini 16 Mei 2012, maka hayatilah kisah di bawah..

Pernah dikisahkan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.

Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.

Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.

Jawab Imam Shafie "Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.

Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu"

Begitulah kisahnya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.

PESAN GURU:
Hormatilah sesiapapun jua yang mengajarkan kita ilmu walau sedikit cuma. Hargailah ketulusan hatinya/ mereka itu dan titipkanlah doa yang tidak putus-putus buat mereka.

Jangan diingkari atau dikhianati bicara seorang guru.. tatapilah wajah-wajah mulus mereka kerana sesungguhnya ada pahala pada wajah mereka itu.

UCAPKANLAH:
SELAMAT HARI GURU..!! Khusus buat semua guru-guru/ pendidik/ ustaz/ ustazah/ murabbi seta mereka yang mencurahkan apa jua ilmu. Semoga kalian dalam rahmat Allah dunia dan akhirat, wahai guru sekelian.

Beruntunglah mereka yang menjadi guru dan bakal menjadi guru...

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah (wakaf), ILMU YANG BERMANFAAT, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.(HR: Muslim).


Wassalam.

Tuesday, May 15, 2012

Kita Bersaudara



“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [Al-Hujurat (49:10]

UMRAH MAC 2012









Salam Ukhwah



Assalam..

Syarikat kami menjalankan perkhidmatan pakej haji, umrah dan ziarah. InsyaAllah, kami menyediakan mutawwif berpengalaman dalam mengendalikan urusan tersebut.

Sekiranya tuan/puan atau saudara/saudari berminat sudi-sudikanlah menghubungi kakitangan kami, ataupun datang terus ke pejabat kami yang terletak di Taman Universiti berhampiran Butik Al-Ikhsan yang baru.

Wassalam.